Friday, 19 February 2016

Butiran untuk dihubungi


Sebarang nasihat, pandangan, kemusykilan, pertanyaan, bolehlah hubungi saya di talian 0194091325 (kamarulzaman) atau kamarulzaman.aia@gmail.com


Kelip-kelip Kuala Sepetang


Ni cerita sebelum raya cina baru-baru ni. Disebabkan rasa ingin menikmati keindahan alam semulajadi, jadi aku plan bawa family tengok helang dan kelip kelip di kuala sepetang, taiping. Alhamdulillah, trip yang ak booking berbaloi. En. Yusri merupakan seorang pemandu pelancong berdaftar di kawasan kuala sepetang. Disebabkan DSLR ak abis bateri, maka xada la gmbar kelip-kelip...hehehe

Melihat kecerian di wajah keluarga tercinta membuatkan hati menjadi tenang dan damai. Alangkah indah sekiranya tempat-tempat begini terus dipelihara untuk generasi akan datang

Sebarang pertanyaan berkaitan kad perubatan keluarga, sila hubungi 0194091325 (kamarulzaman)



Friday, 29 January 2016


 A-Venus Extra - Perlindungan Wanita Menyeluruh

AIA Public Takaful mempunyai pelan perlindungan takaful wanita yang komprehansif. Merangkumi ;

  • Pampasan Penyakit Wanita
  • Pampasan untuk Rawatan Penyakit Wanita
  • Perlindungan Kehamilan
  • Perlindungan Kesejahteraan

Call/SMS/Whatsapp 0194091325

Wednesday, 27 January 2016

Rehatkan Minda - Kisah Harimau Malaya

Ada dua orang ibubapa di Kuala Lumpur berebut-rebut hak penjagaan seorang kanak-kanak. 

Lalu Hakim bertanya kepada kanak-kanak tersebut..
"Adakah kamu ingin tinggal dengan ayah kamu?

Lalu kanak-kanak itu menggelengkan kepala dan menjawab..
"Tidak mahu kerana ayah selalu membelasah saya"

Lalu Hakim bertanya lagi..
"Ingin tinggal dengan ibu kamu? 

Sambil menangis kanak-kanak itu menjawab..
"Saya tidak mahu ibu kerana dia juga selalu membelasah saya"

Hakim sudah mula pening lalu bertanya lagi..
"Habis itu dengan siapa kamu mahu tinggal?

Lalu dengan pantas dia menjawab..
"Saya ingin tinggal dengan pasukan bolasepak Malaysia.."

Semua yang berada didalam dewan mahkamah berasa hairan...

Tuan Hakim bertanya lagi...
"Kenapa kamu mahu tinggal dengan pasukan bolasepak Malaysia?

Kanak-kanak malang itu seraya menjawab...
"Sebab pasukan bolasepak Malaysia tak pernah belasah siapa-siapa pun...

Harap dijadikan iktibar untuk kita semua..jaga lah anak-anak kita dengan baik.
Rehatkan Minda - Cerita Lawak

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati. 

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur. 

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20 Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was. 

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. 

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!! 

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya. 

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis. 

PANGGG!! 

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.... 

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!! 

Sekian. 
Untuk pilih medical card, ini antara faktor yang perlu anda consider:

1 – Harga Wad Sesuai Dengan Kawasan

Harga wad yang kita pilih, mesti ‘match’ dengan kadar harga wad hospital area kita tinggal. Kalau ambil harga wad murah, kita cuma boleh masuk hospital-hospital yang lebih murah dan kualiti perubatan juga lebih rendah. 
2 – Harga Wad Tahan Inflasi
Bagi saya, ambil harga wad single SEKARANG ini bukan soal luxury, tapi kita nak medical card kita bertahan lama. Kalau sekarang ni RM250 tu boleh dapat wad bilik single, cuba bayangkan 10 tahun atau 20 tahun akan datang, agak-agak bilik wad macam mana yang kita boleh duduk dengan harga RM250?!
Saya rasa kalau bernasib baik, 20 tahun akan datang harga tu cuma boleh duduk wad 4 katil jer. Silap-silap wad 4 katil pun masa tu harganya RM400 sehari. Kita kena top-up lagi RM150 sehari.
3 – Had Tahunan Yang Cukup
Masa saya kerja dulu, executive biasa company cover RM75,000 untuk hospital. Mungkin bagi company, jumlah tu cukup untuk keperluan perubatan sekarang. Itu sekarang… Agak-agak kalau ambil cover RM100,000, cukup tak cover kos perubatan lagi 10 atau 20 tahun akan datang? Jadi jangan ambil cover yang terlalu murah. Mahal sikit tak apa, tapi ia bertahan lama. Mungkin kita rasa bayaran hari ni mahal, tapi nilai yang kita bayar tu kita akan rasa kecil 10 tahun akan datang.
4 – Had Seumur Hidup Yang Besar
Had seumur hidup ni pun penting. Kalau ambil had tahunan RM100,000, tapi had seumur hidup cuma RM300,000, seolah-olah kad tu boleh pakai cuma 3 tahun kalau kita kena musibah. Dalam banyak-banyak takaful, yang paling menarik perhatian saya ialah Medical Card (stand-alone) AIA Takaful yang tiada had seumur hidup! Berbeza dengan medical card takaful lain yang boleh dikatakan semuanya ada had seumur hidup.
5 – Harga Caruman Paling Sesuai
Kesilapan ramai orang ambil takaful ialah dia fikir berapa caruman yang dia mampu bayar. Samada polisi yang dia ambil tu cukup cover atau tak, dia tak pernah ambil tahu.Yang dia tahu, dia dah cover RM500,000! Apa yang ada dalam RM500,000? Cover kemalangan diri? Cover sakit kritikal? Cover masuk wad hospital? Ataupun cover kematian dan kecacatan kekal? Itu semua jenis cover berlainan, dan harganya juga berlainan. Jadi, pertimbangkan kesemua risiko dan pilihan yang ada sebelum membuat keputusan
Call/SMS/Whatsapp 0194091325